Kembara Asia

Pasti ramai dikalangan kita yang sering berangan-angan ingin mengembara ke negara-negara serantau (Asia Tenggara) seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Philippines, Brunei dan beberapa lagi negara Asean lain samada bersama pasangan (Suami/Isteri), keluarga, rakan-rakan atau secara solo (backpackers).

(THAILAND - INDONESI - VIETNAM - PHILIPPINES)
Bagi perjalanan ke negara-negara ini, anda boleh menggunakan laluan darat, laluan udara atau laluan laut, tapi off-cause laa orang Malaysia skrang nie dah makin berduit dan mampu mengembara menggunakan pesawat (penerbangan) terutama semenjak kewujudan AirAsia selaku syarikat penerbangan tambang murah bertaraf antarabangsa. Abang bukan nak promote AirAsia yer, tapi memang abang puji AirAsia nie, sebab dia bagi kita pilihan dari tambang serendah RM0 sahaja.

Gambar sekadar hiasan.  (Marketing-Interactive.com)
Oklah, dah terlanjur cite pasal AirAsia nie, abang nak kasi tau korang, abang penah terbang dengan AirAsia ke Bintulu Sarawak & Kuching, Sarawak dengan tambang RM0 (just bayar airport tax RM9 pergi & RM12 balik = RM21) jer tau, kalau tak silap tahun 2008 masa tu. Lamakan 10 tahun dulu.

Berbalik pada cite kembara nie, untuk pengetahuan korang, penerbangan pertama abang dalam negara adalah menggunakan AirAsia iaitu ke Bintulu, Sarawak pada tahun 2008. Masa tu AirAsia buat promosi tambang percuma untuk pemegang kad Big. Alhamdulillah dapat tiket. (Blog pasal ke Bintulu nie nanti boleh baca dalam blog khas KL - BINTULU 2008).

Lepas jer penerbangan ke Bintulu, abang dah brani sikit nak flight jauh lagi, iaitu ke Bandung. Nie adalah lokasi penerbangan abang ke luar negara sejak memiliki passpord pada 2006. (Cite pasal Bandung Indonesia nie nti korang boleh baca kat blog khas KL to Bandung yer).

Sebenarnya, ramai antara kita yang pasang angan-angan nak travel samada dalam atau luar negara, tapi risau tentang bajet. but offcause laa bajet nie penting.. Klu xde duit camne nak berbelanja terutama tempat tinggal and makan.. Tapi nanti korang baca dalam blog-blog travel abang, macam mana nak bajet ketika travel sebab dalam pengalaman abang, ade yang abang travel secara backpackers, ade yg sederhana and ade yang agak mewah tapi masih dengan jimat.

Bila korang cite nak travel nie, ade beberapa guideline atau Tips yang abang boleh kongsikan:

Travel Tips
1) pertama skali kene buat survey tempat nak pegi. Boleh Google atau rujuk blog travelers yang ada di web.
2) kene tau berapa bajet yang mampu kita sediakan. (jangan sampai meminjam yer, xbagus tu..)
3) survey tiket perjalanan. tak kire laa syarikat airlines, keretapi, feri atau sebagainya. Depend pada perancangan kite nak ikut jalan udara, laut atau darat.
4) Sediakan PLANNER. nie sangat penting bagi membantu kita buat kiraan bajet dan memastikan bajet kita mencukupi (tak over bajet masa di sana nanti)
5) Biler dan ade planner, dah tau lokasi dan date nak pegi, berapa bajet & dah tau brape nak saving, so baru laa boleh sedikit berlapang dada.
6) Booking tiket flight. Cuba ambil masa 7 hari, check hari2 untuk dapatkan tiket yang paling murah. Kalau ade promosi, terus pickup. Tapi cuba praktik booking 3-6 bulan sebelum travel.
7) Bile dah dapat tiket flight, baru laa start saving untuk belanja..
8) Ok, so now, tiket flight dan ada, belanja pun dah start saving, perkara terakhir kene buat adalah list, keperluan / barang-barang nak dibawa, paling penting dokumen perjalanan. Jangan lupe yg tu..

Ok, cukup stakat tu Tips yang nak bagi, so, pada hari bertolak, bangun awal, 4 jam sebelum bertolak, check list dengan actual, kemudian, betolak ke airport awal.

Comments